Bukan masalah yang kita pinta, bukan kekecewaan, bukan kegagalan yang kita harapkan...
Ku baru lepas membaca artikel tentang mencari penawar duka pengubat sengsara dari Dr Maza.. (drmaza.com)
Kita melalui satu fasa ke satu fasa.. Bukan semua yang bernasib baik untuk mengalami seperti ku.. bila ku fikirkan kejamkah ALLAH membuat ku begini.. mungkin masa kecik ku pernah terfikir seperti itu... tapi bile kini baru ku pahami sedikit demi sedikit.. ya ALLAH ku tidak layak untuk bertanya seperti itu. mungkin orang lain juga ada merasa kepayahan, kesedihan,kekecewaan tapi dalam bentuk yang lain.
Ku selalu pujuk hati ku untuk menerima semua ini..terlampau perit.. kadang kala ku baru merasa kebahagiaan, ada sahaja yang berlaku kedukaan.. ku kah yang tidak kuat?? adakah ku terlampau mengambil pusing smua ini...
Teringat bila ku menangis tatkala tidak dpt menahan kesedihan... kadangkala ku takut untuk berbicara kepada orang terdekat ku..takut segalanya menjadi tidak elok... pernah sekali, ku ada masalah..setelah puas menangis tiba2 mama telefon.. dia cakap dia tak sedap hati... ku seperti mengelak tapi mama tahu ku baru lepas menangis.. bukan semua benda boleh diceritakan pada mama...ku takut mama risau & boleh mendatangkan penyakit padanya... kadangkala ku katakan sakit tekak.. mama seakan sukar untuk mempercayai semua tu...
“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).
Ku sentiasa berdoa ku mendapat kekuatan seperti mama supaya dapat menempuhi dugaan2 yang sedia ada & yang akan datang.. Kau perkenankanlah doa2 hambamu ini.. Berikanlah kebahagiaan,ketenangan,kejayaan di dunia & akhirat.. Bukakanlah hati mereka untuk menerimaku & menyayangiku seperti ibu bapaku menerimaku di dunia ini.. Andai dia jodohku,kau tetapkan ia buatku sehingga ke ahkir hayat & sekiranya dia bukan untukku, kau pisahkan kami dengan jalan yang baik.
Kau jadikanlah ku seorang isteri, anak, menantu, ibu, kakak yang baik.. Mungkin ku bukanlah sempurna tapi ku cuba.. Jika ia tidak cukup, ampunilah diri ini...
Ku akan ambil kata Dr Asri sebagai peringatan utk diriku
"Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini."
Biarlah pahit dahulu..insyaALLAH ada manisnya..amin