Tuesday, July 10, 2012

Sabar dalam Perkahwinan


Setiap psgn yg mendirikan rumahtangga, pastinya mengimpikan perkahwinan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat hingga ke syurga juga.. Begitu juga ku & jalal. Tapi kadang kala ada harinya hujan ditengah hari..ceewahhh.. jangan salah paham..kami tidak bergaduh ataupun bersepak terajang.. Cuma sesekali tersalah paham tapi masih boleh ditangani.. masih dalam tempoh mengenal hati budi . Sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri. Tapi insyaALLAH bukan perpisahan yang kita pinta. Semoga dijauhkan segalanya yang tidak baik. Kita kena penuhi ilmu perkahwinan & agama.

Cuma sedikit kalut tatkala semua org sibuk mengandung dimana kawanku lebih kurang sama tarikh berkahwin..sehingga ada 1 makcik tinggal dkt dgn rumahku..anaknya berkahwin sama tarikh denganku menyapa. "Nurul, anak menantu acik da mengandung 5bulan..bunting pelamin..awak tak mengandung lagi ka? Seakan berubah muka mama..tapi mama nampak cool.. Mama tolong ku jawabkan soalan yang diberi.. "Nurul kan muda lagi,belum rezeki dia ALLAH nak bg zuriat, lagipun dia sibuk belajar & kerja..tengok dia pun penat je"..
Kawan2 lain yang kawin 2 3 bulan selepasku pun sudah mengandung.. ALHAMDULILLAH.. rezeki ALLAH beri..syukur sgt..bagi ku...Anak tu pengerat hubungan suami isteri tapi tak perlu dijadikan bahan fitnah or penyebab keruntuhan rumah tangga.. orang lain takperlulah jadi minah kepochi sana sini sebab benda2 ni kita tak boleh nak jangka.. Aku syg keluargaku & keluarga mertua..
tapi tidak perlu membebani kami dengan pertanyaan.. mungkin ku bukan menjadi pilihan mereka tapi ku cuma yang terbaik.. mungkin tidak baik pada mata orang lain..tidak mengapa..mungkin baik di mata ALLAH kita saja yang.. lama dah ku nak post pasal ni..tapi nthla..berat mata memandang lebih berat mata yang memikulnya.. barulah ku sedar betapa susahnya pakcu n makcu ku nak hadapi nya selama 13tahun ni dengan persoalan yang sepatutnya tidak menjadi persoalan... Guna akal untuk berfikir..

Sekarang ini sibuk dengan projek yang sudah confirm yang pasti membuatkan ku hari2 balik lewat.. cukup hari ni sudah 3mggu tidak masak utk jalak...dia pulak yang masak kan untuk ku..kesian jugak tapi sebaiklah dia memahami & cuba tolong ku setakat mana boleh mcm basuh baju n kemas umah n masak..kalau tidak..pengsan la.. baru pulang dari johor mggu lepas setelah 1 minggu menghadiri lab di UTM...penat tidak hilang sambung kelas di hujung minggu..

semoga pengorbanan ini akan menjadi perhargaan buatku & keluarga ku...
semoga ada rezeki untuk kami