12thn lalu...
4/8/2000...
tarikh yg takkan aku lupakan sampai mati..
tarikh yang menyebabkan perubahan segala-galanya..
mungkin sukar untuk ku mengerti di usia 13thn..
mungkin disebabkan ini ku tidak percaya
ketentuan ALLAH.. ku merasakan benci..
ku menyalahkan takdir sama mcm menyalahkan ALLAH..
atas semua yg berlaku..
dalam 12thn yg ku lalui..
terlampau byk dugaan,tohmahan,celaan utk ku & keluargaku..
bukan kami pinta untuk smua ni..
mgkin sudah tiada jodoh antara mama n babah..
ramai menyalahkan mama atas semua ini..
bagi ku mama sudah menjadi yg terbaik untk kami & babah
mungkin babah tidak menghargainya lagi
mungkin ada orang ketiga dalam semua ini..
perempuan tu Saadiah bt Jalil..
dia tidak layak dipanggil perempuan...
bagi ku perempuan tu hanya mahukan kesenangan..
tidak mengerti hati org lain yg sedih..
selama 20thn mama mempertahankan masjid yang dibina
disbbkan dia juga, spm along teruk..sepatutnya menjadi pelajar terbaik
dugaan membuatkan dia terlampau kecewa akhirnya merosakkan kami..
segala kata-kata nista dari keluarga keluar..
begitu kuat mama tempuh semua ni..
dari kehidupan ada suami hingga tiada..
sampaikan adik sendiri mengatakan mama nakkan abg iparnya
tinggal berhampiran rumah...
untungnya mama ada beli rumah di seremban..
kalo tidak menumpanglah kami...tinggallah rumah diperak begitu sahaja..
terlampau byk kenangan pahit n manis...
sampaikan saudara lalu hanya pandang sahaja..padahal kami menunggu bas..
oh dunia yg tidak adil kadang kala..
ku tidak sanggup untuk lihat org memperlakukan semua ni..
terlampau berat hendak ditanggung..
mungkin orang lihat kami bole bergelak ketawa..
tapi disebalik itu kami terpkse menanggung kata2 nista orang..
mungkin dia tk rase..
minta maaf..mungkin ku sukar untuk maafkan orang yang telah hancurkan hidup ku
sukar untuk maafkan org yg menghina mama n keluargaku..
bagi ku..ku nak diorg melutut minta maaf dgn mama..
meminta maaf padaku tidak perlu kerana mama lebih merasai smua in..
setelah 12thn...
ku lihat mama semakin selesa dengan dunianya..
dinyahkan segala kata-kata nista dengan beristighfar & memaafkan..
mungkin mama tidak mahu menyimpan apa2 lagik..
ku tahu mama seorang yang baik n lembut hati sntiasa memaafkan orang..
tapi untuk ku..mgkin perlu masa semua ni...
mama kini sibuk belajar agama setelah sibuk bekerja..
sibuk lakukan kerja krafnya..yang pasti ku sentiasa menghargai masa dengannya
mama seorang yg kuat..
andai tidak kuat mgkin tiada lagik didunia ini..
ku bangga ada ibu yang kuat n tabah lalui smua ini..
die pemberi semangat untuk ku bertahan n lalui keperitan ini..
die selalu menasihati ku untuk memaafkan org disekelilingku...
ku akan tetap bertahan untuk semua ni..
cepat sungguh masa berlalu...
kenangan ini pasti terpahat sampai ke mati...
ku sentiasa doakan mama n babah yang terbaik..
andai ada jodoh mereka..ku harap mereka dpt bersama kembali..
ku syg mama n babah..along n angah